Aktiviti utama saya yang paling banyak mengisi ruang ketika ini adalah penglibatan saya sebagai jurulatih pasukan Navy ORCA dalam melaksanakan latihan pusat bagi menghadapi kejohanan tahunan terbesar dalam kalender pasukan dijadualkan pada penghujung Jun. Saya di padang ragbi setiap hari mengikut jadual 8.00am-10.00am dan 4pm-6.30pm sejak lebih sebulan yang lepas. Di antara kedua-dua jadual latihan pula, saya terpaksa terkejar-kejar di pejabat melakukan ‘apa yang patut’ dalam waktu yang terhad. Dengan badan yang penat dan diselangi pelbagai ‘dugaan’ yang kekadang betul-betul mencabar minda, saya akui keterujaan untuk menulis cerita baru di dalam blog ini tersasar daripada senarai keutamaan harian saya. Warna kulit yang semulajadinya memang sedikit kelam, sekarang ni semakin bertambah ‘tinted’ lanjutan pendedahan terlampau kepada sinaran matahari. Status FB saya terkini turut menceritakan perihal situasi yang saya alami; “......Catching lots of rays....but it has nothing to do with getting a tan”.
Di hujung minggu pula kekadang saya ke luar daerah kerana ada perlawanan ragbi. Dalam masa terdekat ini sudah 3 kali ke Ipoh dan 2 kali ke utara (Kedah & Perlis) bagi membawa pasukan Navy ORCA menghadapi perlawanan di sana. Kalaupun tak ada apa-apa aktiviti ragbi, pastinya waktu yang terluang di hujung minggu diisi bagi membelai isteri dan anak-anak selain merehatkan badan yang sebenarnya dah tak dayoooo........
Sepanjang tempoh hibernasi di blog ini, sebenarnya terdapat beberapa pengalaman di mana saya ada terlihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang amat hodoh, namun tak kurang juga yang menyentuh hati dan menginsafkan. Yang tidak baik dan hodoh biarlah menjadi sempadan dan pengajaran buat diri saya. Apa yang saya ingin kongsikan sedikit di sini adalah pengalaman yang telah memberi kesan positif pada prespektif saya terhadap kehidupan.
Saya melihat bagaimana seorang penjaja hanya memperolehi jualan kasar RM24 ringgit apabila kesemua bihun, mee dan kue teownya terjual (saya beli pada harga ‘singgit’ sebungkus dengan kuantiti setiap bungkus mencukupi untuk pemain saya yang rata-rata tajam seleranya). Pada pada masa yang sama penjaja tersebut turut menjual kuih-muih pada harga ‘singgit’ untuk empat kuih. Berapa sangat untungnya, namun masih amat berbesar hati untuk memberi saya kuih percuma apabila saya membuat tempahan lagi untuk keesokan harinya. Siap dua tiga kali melambai sambil menguntum senyum apabila saya meninggalkan gerainya. Isteri saya yang sempat interview penjaja tersebut juga mendapat tahu beliau turut membawa teksi sebagai sumber rezeki selain menjual di gerai. Hmmmm......saya amat mensyukuri nikmat dan rezeki yang Tuhan kurniakan pada saya.
Saya juga kagum dan berasa amat bertuah berpeluang melihat sendiri keperibadian Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang amat mesra rakyat serta ultra sporting semasa mencemar duli menghadiri majlis makan malam Kejohanan Ragbi Laksamana 10’s di Arau. Dirgahayu Tuanku!!!!
Sebelum terlupa......saya nak bagi peringatan kepada abang-abang dan adik-adik yang menjual burger di luar sana. Kalau saya order ‘burger ayam satu, jangan letak apa-apa kecuali mayonis’, tolonglah jangan ambil inisiatif sendiri dan letak sos cili pada burger tersebut. Mayonis sahaja!!!!! Tolonglah...... kerana daripada tiga kali yang saya beli, dua kali burger tu ada sos cili. Memang sedap ada sos cili tu, tapi yang nak makan bukan saya tapi anak saya. Sapa yang kena habiskan burger tu bila dah jadi cam ni.....saya jugakkkk!!!
Dah termula cerita pasal makan, kalau ke Perlis jangan lupa cuba makan tengahari di sebuah restoran di Kampung Kersik, Mata Ayer dikenali Warung Pokok Sawa. Masakan lauk-lauk kampung yang teramat special terutamanya ikan keli. Favourite saya adalah ikan keli bakar yang telah menjalani proses pembakaran perlahan sehingga masak dengan sempurna dan terpelihara manisnya. Dipasangkan pula ikan keli tersebut dengan air asam yang lengkap serba serbi bahannya serta ditemani kerabu taugeh atau sayur lemak pucuk manis......need I say more? Dan jangan lupa mencuba jus pegaga yang cukup sejuk dan nyaman sebagai penutup tirai. Dua kali saya ke utara, tiga kali saya singgah di warung ini. Boleh check out FB warung tersebut di sini.
Farhana & Farzana membaca ikrar dengan penuh semangat
Juara-juara berposing sakan
Bertindik di Kedai Emas Poh Kong
Selain itu, saya juga berkesempatan membawa keluarga mononton filem Iron Man 2, Hooperz dan Furry Vengeance. Yang penting my girls dapat makan freshly made popcorn yang merupakan kemestian bagi mereka kalau ke cineplex. Iron Man 2 kira okay ler tapi tak sebagus yang pertama, Hooperz merupakan pleasant surprise kerana ada unsur-unsur kelakar yang fresh serta selamba, manakala Furry Vengeance bukan saya sahaja yang tertidur di tengah-tengah tayangan, anak-anakpun asyik tanya bila cerita ni nak habis.
Ya, saya akui rumah saya di Suhaimi Says What.....??? amat tidak terurus akhir-akhir ini. Namun saya masih gembira kerana hidup saya sendiri masih terurus dan masih dikurnia seribu kerahmatan Tuhan. Alhamdulillah.
6 comments:
I like the burger part...
Itu ler peniaga burger nie... klau kata letak mayo aje, tak yah ler pepandai nak letak yg lain2, jimat pe... pembeli tetap bayar harga yg sama...
we all satu famili belum pernah sampai Perlis. probably kena buat family trip ke sana hujung tahun ni...
i understand how it feels to see your kids in front leading others... priceless experience...
i dont have problems with burgerman sebab we all makan semuanya yang ada pada burger tu... hehehehe
i have lots of movie reviews to write tapi tak dak masa laaa...
probably lambat lagi rumah nih nak diupdate so i am wihing you GOOD LUCK in advance :P
wihing = wishing
type error daaaa...
Salam Bro,
Biasalah bila kita dah berkeluarga dan berkerjaya. Lain cerita nya kalau kita mmg cari duit untuk blog.
Saya akui, saya yang dulu setiap hari update blog, bila da berkeluarga ni, blog da macam rumah persinggahan. sekali skala je melawat dan kemas.
Anyway, saya nak kongsi sedikit berita. InsyaAllah lutut saya semakin pulih.
Saya ada mencuba ragbi touch dan futsal, Alhamdulillah segalanya baik cuma kene baiki tahap kekentalan otot dan stamina.
Saya akan teruskan latihan lagi untuk lebih kuat dgn harapan sebelum penghujung tahun dah bole main semula.
PAsukan Muar kebetulan juara Liga johor dan layak ntuk bermain dlm kejuaraan Kelab2. kalau diizinkan Allah, dapatlah saya bermain.
Amin.
Anakmami,
Am thinking about writing something this weekend...we'll see. Busy the whole week with Rugby Development Course for my team. Anak2pun dah start choti, looking forward to enjoying the weekend.
Hamlet,
Glad to hear about your progress and the possibility of you playing rugby again. Careful with futsal...too much load on the knees may lead to further damage...just exercise caution ok.
Tahniah kerana menjadi juara negeri Johor, maybe we'll see you in the next NICC. Navy ORCA baru jer jadi johan Perak last weekend, final ngan RMR Warrior. Minggu ni ada buat kursus ragbi, panggil coach luar (x-Malaysian coach) untuk bantu buat persediaan bagi menghadapi Blackhawks and Army (mostly JLJ & RMR Warriors players) dalam kejohanan tahunan ATM. Last year kalah satu try jer pada dalam kedua-dua games. Tengok ler nasib this year. Tournament bermula 19 Jun so sekarang tengah buat final stage of preparation....stressful but spirit is extremely high among the players...will keep you posted
Anonymous,
Yang tak best nyer dah sampai rumah buka burger tu baru tau dia letak sos cili....by then dah maleh nak pulangkan.....so bedal jer bagi pihak anak:). Camno ler perut den nak turun nih.....:)
Post a Comment