I don't know where this is going to take me, but I'm just going to fire away anyway. Must always have faith and be thankful for what I receive
Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts
Friday, July 9, 2010
Dari Mimbar Masjid Salahuddin Desa Bayu 9 Julai 2010
Saya balik lambat sedikit dari pejabat tengahari ini. Dengan sedikit validasi klausa kontrak yang perlu dilangsaikan, sesi pow wow mingguan dengan 5 bakal pegawai jurutera dari UPNM yang menjalani latihan sambil kerja (OJT) 3 bulan di organisasi saya serta sedikit perbincangan dengan rakan setugas mengakibatkan saya sedikit terlajak di meja kerja. Dengan perut yang tidak berisi sejak melangkah kaki meninggalkan rumah pagi tadi, saya memasang angan untuk mengalas perut dengan roti dan berharap masih dapat ke masjid sebelum khutbah bermula. Gembiranya hati saya apabila sesampai di rumah isteri tercinta bergegas menceduk nasi dan saya makan dengan express agar dapat segera ke masjid. Alhamdulillah, sesampainya di Masjid Salahuddin Desa Bayu azan pertama baru selesai dan saya dapat meloloskan diri ke saf yang selesa tidak jauh dari mimbar.
Esok adalah hari Israk Mikraj (27 Rejab) dan topik khutbah hari ini berkisar mengenai peristiwa tersebut. Saya amat teruja mendengar khutbah yang disampaikan oleh one of my favourite khatib di masjid ini (untuk entry pasal khutbah oleh khatib sama sila klik di sini). Beliau menceritakan sedikit sebanyak sejarah Israk Mikraj mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w. menjalani pembedahan dada untuk mencucikan ‘alaqah’ iaitu tempat syaitan membisikkan was was dan kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Baginda. Khatib muda ini juga menceritakan mengenai perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa termasuklah pengalaman Baginda menyaksikan pelbagai pemandangan yang memberi keinsafan dan meningkatkan iman. Beliau turut menyentuh mengenai Nabi menerima perintah menunaikan solat 5 waktu sewaktu peristiwa besar ini dan seterusnya mengingatkan bahawa solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak.
Imam muda ini membacakan khutbah dengan penuh bersemangat dan jiwa saya tersentuh mendengarnya. Selain itu beliau juga mengingatkan jemaah untuk mengambil iktibar dari peristiwa Israk Mikrak untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Icing on the cake bagi saya untuk khutbah Jumaat hari ini adalah cara Khatib membacakan doa dalam Bahasa Malaysia di khutbah kedua yang amat bermakna bagi saya kerana nada dan bahasa yang digunakan benar-benar meresap ke dalam dan menyentuh jiwa saya. Antara bunyinya lebih kurang begini, “ ..............Ya Allah, berikanlah kami ketenangan seperti ketenangan Mariam semasa mengandung ketika disekelilingnya dipenuhi cemuhan, seperti ketenangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa menghadapi dugaan dalam menyebarkan syiar Islam......”
Khatib hari ini amat sempurna kesemua perbuatan dan perkataannya di mata saya. Solat diimamkan dengan amat baik disertai bacaan surah yang pendek serta jelas. Doa sesudah solat juga serba ringkas dan tidak meleret dan mendayu-dayu. Saya begitu kagum dengan khatib ini sehinggakan saya terpanggil untuk mengenali nama beliau daripada maklumat roster pegawai masjid bertugas. Alhamdulillah dan saya doakan semoga Allah s.w.t. terus memberi beliau kekuatan untuk berdakwah dan berjuang demi agama tercinta ini. Aminnn. Sejuk perut ibu yang mengandung.
Friday, February 26, 2010
Sinopsis Khutbah Jumaat 26 Feb 10
Sementara menanti azan, saya dapat beriktiqaf sekejap. Pada satu ketika pendengaran saya dapat mendengar bunyi ‘klik-klik-klik’ berterusan berulang kali. Ingatkan apa, rupanya ada saudara kita sedang berzikir menggunakan tasbih mekanikal (yang kita klik untuk tujuan mengira). Entahlah, tapi naluri saya merasakan ianya tidak sesuai digunakan di masjid kerana bunyi berulang (repetitive sound) yang dijana tasbih mekanikal tersebut boleh mengganggu jemaah yang lain. Rasanya gunakan jari lebih mudah, ke mana-manapun tak perlu risau terlupa bawa tasbih sebab jari sentiasa ada dengan kita.
Tak lama lepas tu, ada pula hamba Allah yang kelam kabut apabila handphonenya berdering dengan ring tone lagu yang sayapun tak pasti. Mungkin dia terlupa nak letak silent agaknya. Selain tu ada juga kaum bapa ni yang masih bersembang walaupun azan telahpun bergema. Secara keseluruhannya saya rasa lebih tenang ke masjid hari ni, tak terkejar-kejar macam hari Jumaat yang bukan cuti umum.
Bersempena hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, khutbah seperti dijangka mengungkap topik “Adakah kita benar-benar menyintai Nabi Nabi Muhammad s.a.w.” Khatib hari ini agak muda orangnya. Cara penyampaian beliau pada hemat saya jelas, lancar dan menarik termasuklah tona suaranya yang terasa ikhlas. Rasanya Khatib ini ada membuat persediaan terhadap cara penyampaian beliau kerana cara penyampaiannya teratur termasuklah membuat eye contact dengan jemaah dan bukannya tunduk membaca teks sepanjang khutbah. Khatib hari ini memang best….selain khutbah yang amat baik, beliau juga mengimamkan solat Jumaat dengan begitu baik pada pandangan saya. Well done Khatib Masjid Desa Bayu hari ini.
Saya tertarik dengan apa yang Khatib katakan mengenai perarakan menyambut Maulidurrasul yang baru-baru ini menjadi sedikit kontroversi. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah menghalusi isu adakah perarakan ini sesuatu yang Islamik. Saya ada membaca blog yang membahaskan bahawa perarakan yang kita praktikkan di Malaysia bukanlah sesuatu yang diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda, malah tarikh lahir sebenar Nabi Muhammad pun ada ‘argumentnya’ samada adakah 12 Rabiulawal itu adalah tarikh sebenar kelahiran Nabi. Ini kerana para sahabat sendiri tidak pernah meraikannya. Malah pada satu ketika pernah ada usaha menjadikan tarikh kelahiran Nabi sebagai tarikh permulaan kalendar Islam namun tidak diterima. Khatib pada hari ini menyentuh isu perarakan ini. Beliau memperlihatkan perarakan sambutan Maulidurrasul dari sudut dakwah untuk mengingatkan umat Islam seupaya mencontohi Nabi. Beliau menegaskan penghayatan terhadap Nabi Muhammad sebagai contoh insan terbaik amatlah penting dan sambutan Maulidurrasul merupakan platform peringatan dan dakwah yang sesuai. Saya setuju dengan apa yang beliau katakan, dan saya juga dapat melihat the other side of the argument yang merasakan perarakan menyabut Maulud Nabi tidak sesuai. Pada saya sambutan memperingati tidak salah, namun cara sambutan yang superficial seperti yang kita selalu lihat dengan berarak berpakaian seragam (beragam??) dan ceramah-ceramah dan upacara yang menidurkan adalah tidak berfaedah dan mungkin menjurus kepada pembaziran. At the end penghayatan dalam konteks yang lebih mendalam adalah lebih penting dan bukat setakat one day event macam menyambut hari jadi. Saya secara jujurnya melihat ada kekuatan dan logik dalam kedua-dua pendapat.
Cuma satu sahaja yang saya kurang bersetuju dengan apa yang Khatib katakan. Beliau kata para sahabat begitu cintakan Nabi sehingga sanggup berkorban harta dan wang ringgit malah nyawa. Tapi saya rasa mereka memang cintakan Nabi, namun segala pengorbanan yang dilakukan adalah kerana Allah dan agama Islam. Mungkin konotasi beliau yang tidak jelas pada saya, namun itu yang saya rasakan apabila mendengar penyampaian beliau.
Pada khutbah kedua Khatib mengingatkan Jemaah supaya dapat saling tegur menegur demi kebaikan. Beliau menyatakan ada antara kita yang suka memberi kritikan namun tidak suka dikritik. Beliau menyatakan ada dua sebab utama kenapa ini berlaku; perasaan sombong dan takbur. Beliau juga mengingatkan supaya jurang kedudukan dan pangkat tidak dibiarkan menjadi penghalang untuk kita membuka minda dan menerima kritikan yang membawa kepada kebenaran dan kebaikan. Terasa nak menitik air mata kerana mengingatkan kekadang kita terlalu yakin kita betul sehingga mungkin kita dismiss semua pandangan dan kritikan yang tidak selari dengan pandangan kita. Kita manusia yang tidak lari dari membuat kesalahan dan saya bersyukur dengan peringatan yang saya terima dari khutbah Jumaat hari ini.
Yesssss……mata saya sememangnya paling terang sepanjang di masjid hari ini. Alhamdulillah. Keinginan saya untuk berkongsi di blog ini mengenai apa yang saya dengar dan lihat semasa bersolat Jumaat banyak membantu saya membesarkan mata dan menajamkan deria semasa ke masjid.
Friday, February 19, 2010
Renungan Hari Jumaat 19 Feb 2010
Gambar hiasan
(Masjid yang saya kunjungi untuk solat Jumaat semasa zaman kanak-kanak rupanya lebih kurang masjid ini. Rekabentuk yang serupa bagi kebanyakan masjid di Felda suatu ketika dulu)
Saya sampai betul-betul ketika azan pertama sedang berkumandang. Jam lebih kurang 1.35pm dan hari panas terik, dan jemaah pastinya berdepan cabaran untuk membuka mata dan minda sepanjang berada di masjid. Namun, pada pendengaran saya, suara Bilal yang melaungkan azan adalah terlalu syahdu dan mendayu-dayu sehingga boleh membantu jemaah semakin dibuai mimpi di waktu tengahari yang berbahang itu. Alunan azan kali kedua juga tidak banyak berbeza dengan yang pertama, terasa tidak ‘bersemangat’ untuk menarik perhatian jemaah kepada khutbah yang akan dibacakan. Saya merasakan azan adalah ‘panggilan’ untuk mengerjakan ibadat maka kalau kita nak memanggil seseorang, panggilan tersebut mestilah menarik dan bersemangat. Saya yakin azan yang baik sebagai permulaan akan menyediakan asas yang baik untuk jemaah lebih tekun dan fokus kepada khutbah Jumaat.
Khutbah minggu ini berkisar mengenai salah guna dadah. Pada permulaannya lagi saya terasa terganggu dengan suara kanak-kanak bermain di anjung tepi masjid. Minggu ini pula tiada peringatan supaya anak-anak tidak membuat bising, manakala suara Khatib pula tenggelam timbul dek masalah pembesar suara. Saya berusaha juga untuk mendapatkan sinopsis khutbah yang dibacakan. Namun secara keseluruhannya saya merasakan intipatinya terlalu retorik, dengan peringatan yang kita terlalu biasa dengar dan cara penyampaian yang terlalu biasa. Dadah membawa keburukan kepada diri sendiri, masyarakat dan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Khatib pada awalnya menyebut mengenai peranan setiap insan sebagai pemimpin tapi saya tidak mendengar pula bagaimana peranan insan sebagai pemimpin dalam menangani gejala dadah. Khatib juga mengingatkan jemaah tidak terlalu mudah percaya dengan tawaran lumayan pekerjaan ataupun pakej percutian di luar negara yang kadangkala didalangi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memerangkap individu untuk menjadi pengedar dadah. Masih terlalu retorik pada pandangan saya.
Secara keseluruhannya saya berada di masjid tidak sampai 1 jam, bermula dari keluar kereta ketika sampai sehinggalah masuk semula ke kereta setelah selesai solat Jumaat. Waktu jemaah di masjid adalah amat singkat, maka amat rugilah sekiranya solat Jumaat hanya menjadi satu ritual yang tidak membawa impak yang diharapkan. Saya merasakan fokus yang lebih boleh diberikan dalam mengelola aktiviti solat Jumaat bermula daripada pengurusan parking, cara kutipan derma, azan, kandungan dan cara penyampaian khutbah sehinggalah kepada pelaksanaan solat itu sendiri. Saya yakin dengan penekanan attention to details, solat Jumaat akan menjadi lebih bermakna dan membawa impak yang lebih besar kepada umat Islam. Solat Jumaat adalah forum di mana berkumpulnya paling ramai umat Islam lelaki yang kebanyakannya merupakan pemimimpin dalam konteks masing-masing, maka amatlah baiknya sekiranya para pemimpin ini dapat membawa sedikit sebanyak pengajaran yang diperolehi semasa khutbah Jumaat untuk disampaikan kepada orang-orang yang dipimpin mereka. Wallahualam.
Friday, February 12, 2010
Sinopsis Khutbah Jumaat 12 Feb 10
Masjid Nurul Hidayah selepas dibaikpulih
Saya tiba di masjid beberapa minit sebelum Azan. Kebiasaannya dulu saya akan naik ke tingkat atas yang merupakan ruang utama masjid ini. Namun sebaik melangkah masuk kali ini saya mendapati ruang utama masjid ini telah diubah ke tingkat bawah. Saya tetap naik ke tingkat atas dan duduk di barisan hadapan sekali tingkat ini yang terbuka dihadapannya menghadap mimbar di tingkat bawah. Saya mendapat tempat betul-betul di hadapan mimbar dan dipisahkan dengan kedudukan khatib yang akan membaca khutbah lebih kurang 20 kaki ke belakang dan 10 kaki ke atas. Kedudukan ini memberikan saya view yang paling jelas mengenai pergerakan dan apa sahaja yang dilakukan oleh Khatib.
Sinopsis khutbah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khatib memulakan khutbah dengan mengingatkan anak-anak yang berada di dalam masjid agar tidak membuat bising dan mengganggu jemaah. Beliau mengingatkan fadhilat mendengar khutbah dan kerugian pahala Jumaat sekiranya perkara ini terabai.
Beliau seterusnya memberitahu yang walaupun masjid telah dibuka semula, namun masih kekurangan dana sebanyak RM400 ribu untuk menampung keseluruhan keperluan penambahbaikan. Beliau menyeru para jemaah agar sama-sama menyumbang kepada dana tersebut agar jumlah yang dinyatakan dapat dikumpulkan.
Khutbah minggu ini berkisar mengenai harta. Saya suka khutbah minggu ini, dan ditambah dengan kedudukan baru saya yang strategik, pemandangan dan perhatian saya tertumpu sepenuhnya kepada khutbah yang disampaikan. Antara perkara yang saya ingat mengenai intipati khutbah kali ini adalah seperti berikut:
1. Harta bukanlah matlamat mutlak, namun ianya hanya merupakan satu kaedah (mean) ke arah ketakwaan kepada Allah.
2. Harta yang diperolehi mestilah dibelanjakan kepada hak-haknya. Kita tidak boleh menurut hawa nafsu dalam berbelanja.
3. Meninggalkan dunia dan harta kerana mengejar akhirat adalah pendekatan yang salah kerana ini akan mengakibatkan umat Islam akan setiasa terkongkong dan dibelenggu kepompong yang menyekat kemajuan dunia Islam.
4. Akhir sekali Khatib merumuskan 3 aspek berkaitan harta yang sangat digemari Syaitan dalam usaha menyesatkan umat Islam:
~ Mencari harta dengan cara yang salah.
~ Membelanjakan harta yang diperolehi ke jalan yang salah.
~ Mempunyai sikap terlalu sayangkan harta kekayaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mata saya terang benderang sepanjang saya di masjid hari ini. Selepas mendengar khutbah yang amat berharga, Khatib yang seterusnya mengimamkan solat juga mempunyai suara yang merdu dan sejuk didengar. Semasa menjadi Imam, beliau hanya membaca surah lazim yang agak pendek dalam kedua-dua rakaat solat. Namun tidak terlalu pendek juga kerana saya dapat menghabiskan Al-Fatihah tanpa terkejar-kejar. Just nice. Dan saya rasa pendekatan membaca surah yang tidak terlalu panjang adalah amat sesuai kerana ada antara para jemaah termasuklah abang yang duduk di sebelah saya merupakan kalangan yang berumur ataupun uzur.
Antara pemerhatian saya yang lain adalah majoriti jemaah di saf depan memakai serban dan diselangi hanya beberapa orang yang memakai songkok dan kopiah (tak ada motifnya di sini, cuma pemerhatian jer…..yelah nampak sebaris jer serban dari kedudukan strategik saya di tingkat atas).
Saya merasakan bahasa yang digunakan oleh Khatib untuk mengingatkan anak-anak supaya tidak membuat bising adalah terlalu formal dan mesejnya mungkin tidak sampai kerana masih kedengaran hingar bingar di belakang sepanjang khutbah. Saya pernah melihat di masjid Dato’ Seri Kamarudin di mana selepas diberi peringatan masjid menjadi senyap sunyi dan jemaah dapat mendengar khutbah dengan jelas dan aman. Bahasa yang digunakan tidak kasar tapi jelas mesejnya kepada ‘target group’ iaitu anak-anak dan sekurang-kurangnya menyebabkan mereka segan nak buat bising. Selain itu, saya juga berpendapat bapa-bapa yang membawa anak-anak ke masjid boleh memainkan peranan memantau aktiviti anak-anak sendiri (dengan memastikan mereka sentiasa di sisi) dan tidak membiarkan mereka bergurau senda dengan kawan-kawan yang lain.
Saya menjadikan kebiasaan melihat wajah ‘orang sebelah’ yang saya salam kerana saya mendapati orang kita ni kadang-kadang salam tapi tak pandang mukapun. Hari ini saya mendapat reward kepada usaha saya itu kerana abang yang bersebelahan saya bukan sahaja melihat muka saya malah tersenyum yang kelihatan begitu ikhlas semasa bersalaman. Alhamdulillah. Next time kena ingat, salam tengok muka….dan senyum (bless that Abang).
Satu yang mata saya sensitif adalah apabila saya melihat orang yang meletakkan kenderaan di masjid dalam kedudukan menghalang atau lebih teruk double parking. Saya gagal memahami kenapa perbuatan dan niat kita ke masjid tidak dapat menghalang kita daripada berbuat demikian. Saya juga mengharapkan masjid-masjid kita mempunyai pintu masuk utama (gate) ke kawasan masjid yang lebih luas. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan….bila dah sesak tu ada yang terpijak, terpotong, terhimpit, terlanggar (biasanya basikal :=)) dan macam-macam risiko yang boleh mengurangkan pahala dan mengundang dosa, malah dapat memberikan persepsi yang masjid bukan kawasan ‘restricted area’.
Semasa saya berjalan balik ke kereta yang saya letakkan agak jauh dari masjid saya merasakan amat bertuah memilih untuk ke masjid Nurul Hidayah Manjung hari ini untuk bersolat Jumaat. Alhamdulillah.
Friday, January 22, 2010
Sinopsis Khutbah Jumaat 22 Jan 2010
Khutbah hari Jumaat hari ini menyentuh isu berkaitan ciri-ciri rumah yang baik. Saya berpeluang mendengar khutbah ini semasa pergi menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Desa Bayu, Manjung. Antara aspek yang saya ingat adalah seperti berikut:
1. Kita hendaklah mencari rumah dengan lokasi yang sesuai. Seboleh-bolehnya rumah hendaklah dibina sendiri namun di zaman ini kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih rumah bersesuaian yang dibina oleh pemaju.
2. Seelok-eloknya kenali jiran sebelum membuat keputusan membeli atau membina rumah.
3. Rumah hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Hiasi rumah dengan perhiasan yang sesuai. Tanamlah pokok-pokok yang sesuai di halaman kerana membantu mengurangkan habuk. Tanamlah pokok-pokok bunga mengikut kemampuan dan kesesuaian.
4. Banyakkan berzikir dan beribadat di dalam rumah yang didiami. Rumah yang sentiasa dihiasi zikir umpama rumah yang hidup, dan rumah yang tidak dihiasi zikir seumpama rumah yang yang mati.
5. Gunakan rumah sebagai lokasi bagi mengadakan aktiviti berfaedah. Sekiranya berpeluang gunakan rumah secara sukarela sebagai lokasi bagi aktiviti komuniti dan kejiranan setempat.
6. Adakan majlis makan dengan menjemput jiran tetangga dan anak-anak yatim.
7. Sediakan rumah saiz yang sesuai untuk ahli keluarga, tetamu serta asingkan bilik anak-anak lelaki & perempuan.
Khutbah yang short & sharp. Kandungan yang simple tetapi mudah difahami di semua peringkat. Saya suka mendengarnya dan berharap lebih banyak khutbah seumpanya menghiasi mimbar hari Jumaat di masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)






