Monday, September 27, 2010

Pendapat Saya Mengenai Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak

Tajuk: Anak-anak Hyper????

 

Kali ni saya nak bercerita pasal satu topik baru......anak-anak atau kanak-kanak, mana-manapun boleh. Saya ada dua orang anak-anak yang masih kecil, baru 6 tahun kiranya pengalaman tu tak banyak sangat. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengalaman orang lain termasuk kawan-kawan dan juga melalui pembacaan saya.

Kisah anak-anak yang lasak semasa kecil sememangnya biasa kita dengar. “Anak-anak, biasalah......” Itu adalah ayat yang selalu diungkapkan bila anak-anak dilihat terlalu banyak ragamnya tak boleh duduk diam. Bagi kumpulan suami macam saya mungkin tak kisah sangat, sebab mungkin isteri yang banyak melayan kerenah anak-anak ni. Namun bagi si ibu yang kadang-kadang terasa anak-anak mereka terlalu lasak, ada satu aspek mudah dan kadangnya terlepas pandang yang mungkin menjadi punca kepada ‘kelasakan’ anak-anak kita. Pada saya kita nilai sendiri dulu tahap lasaknya anak-anak kita berbanding anak-anak orang lain. Anak lelaki mungkin lebih lasak daripada anak perempuan dan peringkat lasak ‘mengikut kesesuaian umur’ juga kita boleh cuba nilai. Susah sebenarnya sebab kita tentunya ‘bias’ atau berat sebelah dalam penilaian terhadap anak sendiri. Selain itu jangan lupa pula aspek medikal seperti autism dan lain-lain, tapi yang bab medikal tu kena tanya pakar kesihatan lah yer. Kalau kita merasakan anak-anak kita terlalu lasak atau 'hyper' aktif dan tak ada masalah medikal yang dikenalpasti, satu cara yang paling berkesan untuk handle adalah berkaitan dengan apa yang mereka makan.


Anak-anak kita kategori terlalu lasak/hyper aktif ke?

Apa yang saya nak kongsi bagi posting permulaan saya ni ialah aspek pemakanan dan kesannya kepada tahap keaktifan atau kelasakan anak-anak. Saya mula-mula mendapat nasihat ini daripada pakar pediatrik semasa anak-anak saya masih bayi lagi. Dia menasihatkan supaya sentiasa menjaga pemakanan anak-anak dan siap bekalkan saya suami isteri dengan ‘piramid makanan’ supaya kami memberi bayi-bayi kami perjenisan makanan yang betul mengikut tahap umur mereka. Umur berapa nak mula makan yang solid, bila boleh mula makan kekacang, bila boleh nak makan daging dan sebagainya. Berbalik kepada topik, pakar juga menasihatkan kami supaya menjaga kadar pengambilan ‘GULA’ bagi anak-anak kami. Ini kerana kadar pengambilan yang tinggi boleh mengakibatkan anak-anak menjadi terlalu aktif, lasak atau erti kata lain terlalu hyper.



Memang kanak-kanak suka benda-benda manis macam ni......anak-anak saya tidak terkecuali



Simple.....kurang gula.....kurang hyper. Dalam situasi saya, memang kadar pengambilan gula anak-anak dikawal dan dipantau dari awal. Tapi tak adalah sampai peringkat nak kira berat atau monitor perjenisan gula yang diambil. Dahlah gula ada macam-macam jenis dan datang dalam pelbagai bentuk. Apa yang saya faham adalah secara mudah, kandungan gula langsung (berapa sudu gula dalam minuman dan makanan) kena kawal, gula yang tak langsung seperti makanan dan minuman manis (air gas, coklat, kek dan gula-gula) juga kena kawal.



Siapa yang tak sayang anak-anak terutama bila tengok aksi comel macam ni.......yang penting SEDERHANA dalam melakukannya





Saya memang kurang memberi anak-anak saya makan gula-gula dan makanan yang bergula. Bukan tak bagi langsung tapi saya hadkan pengambilannya. Contohnya kalau dah makan coklat satu, tak boleh makan makanan manis yang lain-lain. Budak-budak memang suka benda ni, kalau tak bagi langsung jadi krisis lain pulak......itu boleh masuk bab ‘Tantrum’, lagi bermasalah. Dalam Islampun kata bersederhana, maka kita kena bersederhana dalam memberi anak-anak kita makan yang manis-manis ni. Siapa-siapa yang pernah datang rumah saya mungkin rasa teh atau sirap di rumah saya kurang manis. Itulah hakikatnya…sorry yer. Kalau belikan anak-anak air tu kalau boleh cari yang ada tanda ‘kurang manis’ atau ‘less sugar’. Saya bukan tak benarkan langsung anak-anak saya makan tapi saya cuba ada kawalan......tak dinafikan kadang-kadang cubaan tu tersasar tapi kita cuba jugalah.

Hasilnya.....????? Alhamdulillah, saya dapati anak-anak saya tidak lasak sehingga tidak terkawal......tidak hyper sampai tak boleh dibendung.....tidak ‘mengaruk’ (ikut terma mak saya) sampai tak boleh buat apa-apa lagi. Dan saya sendiri dapat kenal pasti sekiranya tahap keaktifan anak-anak saya meningkat apabila berlaku insiden tahap gula mereka naik mendadak. Dalam keadaan macam tu, kenalah lebih berwaspada terutama apabila berada di rumah orang lain atau di tempat awam macam restoran (orang lainpun nak makan juga betul tak?). Pendekatan kawalan saya adalah melalui cara ‘give and take’, sebagai contohnya, “Papa bagi coklat ni satu jer, but you get to choose the colour” atau “Dah dapat Big Top ni, hari ni dah tak boleh nak apa-apa lagi ais krim ke, coklat ke, gula-gula ke”. Selalunya menjadi, kekadang terpaksa kompromi sikit dan sekali sekala tewas juga. Cara saya lebih kepada cuba ‘negotiate’ dan macam biasalah, selalunya berjaya tetapi kekadang terbagi juga lebih sikit.....tak apa, esok kita control balik.

Alhamdulillah, saya rasa cara saya yang tidak sempurna dalam cuba mengawal pengambilan gula anak-anak saya nampak ada hasilnya, sebab tu saya berani kongsi. Harap-harap ada yang akan mendapat manfaat dari sedikit ilmu yang saya cuba kongsikan di sini. Tapi anak-anak tetap anak-anak, waktu nakal mereka tetap ada dan kawal takat manapun boleh berlaku. Seperti contoh baru-baru ni anak-anak saya gunting rambut kawan tadika mereka......itu nakal, tak kena mengena dengan gula. Nasib baik sikit jer......kalau tak jenuh pulak nak terang kat mak bapak budak tu.

KURANG GULA….KURANG HYPER

No comments: