Memang susu ibu yang terbaik
Saya secara personal amat menyokong penyusuan bayi menggunakan susu ibu. Apabila dapat anak, saya memang menggalakkan isteri saya untuk menyusukan bayi kami selama yang mungkin dan hasilnya anak-anak kembar saya menyusu badan sepenuhnya selama setahun setengah. Selepas itu walaupun mereka mula menyusu formula, anak-anak kembar saya masih meneruskan menyusu badan sehingga berumur 3 tahun.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini bukanlah mengenai khasiat menyusu badan kerana kebanyakan kita sedar akan kelebihannya. Tapi mungkin ada yang rasa berat kerana pelbagai kekangan seperti ibu yang bekerja mahupun kerana halangan dan cabaran persekitaran untuk ibu-ibu yang mahu menyusu badan.
Antara cabaran menyusu badan - stok simpanan & tempat menyusu yang sesuai????
Secara umumnya saya berpendapat memang ibu yang menyusu badan akan menghadapi pelbagai cabaran. Sebagai permulaan, suami tak payah risau nak bangun malam untuk buat susu sebab paling kuat kena kejutkan isteri bila anak merengek nak susu (saya dalam kategori ini). Kiranya tanggungjawab mengurus keperluan menyusu badan memang eksklusif tugas si ibu. Kalau yang bekerja pula mungkin menghadapi kesukaran untuk menyediakan susu yang telah diperah untuk dibekalkan ke rumah pengasuh sepanjang tempoh si ibu bekerja. Selain itu, kemudahan di tempat awam dan lain-lain premis di luar rumah yang tidak ‘user friendly’ bagi ibu-ibu yang menyusukan boleh mengundang masalah apabila perlu menyusu bayi. Begitu juga persepsi sebahagian masyarakat yang memandang sinis dan serong bila melihat ibu yang menyusukan anak di khalayak.
Saya selalu mengatakan perbuatan menyusukan bayi adalah suatu naluri dan sifat semulajadi manusia yang dijadikan Tuhan. Oleh sebab itu kenapa perlu merasa susah atau malu untuk melakukannya. Isteri saya tidak bekerja maka saya tak boleh berkongsi bagaimana nak menangani keperluan menyusu badan bagi ibu-ibu yang bekerja. Apa yang saya boleh kongsi cuma ada pendapat yang bercanggah, ada yang kata breast pump manual lebih bagus dan ada yang kata jenis auto lebih bagus.
Pump jenis apa yang lebih bagus??? Lain orang lain pendapatnya
Cabaran yang saya lihat sendiri adalah apabila ibu perlu menyusukan anak di tempat awam dan terpaksa berhadapan dengan kemudahan yang tidak ‘user friendly’ ie tiada tempat khas dan persepsi masyarakat terhadap ibu yang menyusukan anak dengan susu badan in public. Bagi saya dalam situasi ini ibu-ibu tak perlu malu atau melengah menyusukan bayi sehingga bayi melalak kehausan. Tak ada salahnya, tak ada apa-apa yang perlu dimalukan……..susukan sahaja bayi anda di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja!!! Pastinya jika ada pilihan ibu-ibu ini bolehlah cari sudut-sudut yang jauh sedikit dari penglihatan orang ramai, tapi apa yang berlaku pada saya contohnya…..pangkin kosong terdekat adalah di hadapan pintu masuk I-Setan di KLCC. Dalam keadaan seperti ini saya nasihatkan jangan rasa malu dan takut dengan persepsi orang kerana keperluan bayi kita lebih penting…cumanya kita selindung setakat yang mampu seperti dengan meletak stroller di sebelah isteri atau kita berdiri di ‘kawasan terdedah’ isteri kita supaya orang susah nak terlihat. Namun saya masih ingat pandangan dan jelingan sesetengah orang bila isteri mengambil keputusan menyusu badan in public tapi saya buat tak kisah sahaja. Perlakuan paling natural – anak kehausan dan ibu menyusukan adalah ciptaan Tuhan, maka kenapa perlu rasa bersalah dan malu. Pastinya kita bukan nak berbangga dan dengan sengaja membiarkan si isteri terdedah tanpa segan silu. Kita cuba tutup sebaik mungkin, malah ada yang siap bawa kain atau kelubung tapi bagi saya penggunaan tuala kecil sudah memadai bagi mengelakkan isteri saya terdedah. Tetapi dalam usaha nak menyusukan tu kalau masih ada terdedah sikit atau terselak sikit pada saya tak ada masalah. Janji niat atau nawaitu kita bukan nak menunjuk-nunjuk dan kita ada usaha untuk menutup apa yang patut, jangan risau dengan pandangan orang. Biar Tuhan yang tentukan.
Menyusu badan adalah keadaan semulajadi ciptaan Tuhan. Kenapa perlu malu atau rasa bersalah??
Saya tak pernah rasa bersalah, dan saya juga tak pernah meminta maaf bila isteri saya terpaksa menyusukan anak in public. Saya dan isteri hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan kalau itu bermakna terpaksa menyusukan di tempat awam maka itulah yang kami buat. Nasihat saya kepada ibu-ibu yang berdepan pengalaman ini, jangan rasa bersalah dengan pandangan orang seperti ini. Teruskan usaha anda sebaik mungkin untuk menyusukan bayi-bayi anda, walaupun semasa di luar rumah. InsyaAllah anak-anak kita akan mendapat manfaatnya dari usaha kita menyusukan mereka dengan susu badan. Kita cuma nak yang terbaik untuk anak kita, dan masyarakat kena hormati pendirian ini.
Saya sokong penyusuan bayi dengan susu badan, teruskan usaha anda!!!!!!
4 comments:
reading breastfeeding matter from a father's blog macam pelik sikit but i welcome it so much :)
mothers need fathers like you for support. alhamdulillah i mange to breastfeed all 4 of my children sampai umur lebih 2 tahun. memang banyak cabarannya namum lega dapat dilalui dengan baik.
my first 2 children i guna pigeon from breast pump to bottles. 3rd and 4th i used Avent. personnally Avent is better but recently pigeon has launched its premium range and i found it much better than the old range! now anak bungsu tu mmg guna pigeon premium milk bottles yang wide neck range.
alamak terpanjang pulak citer... sorry i memang penasihat penyusuan ibu kat opis nih so banyak ler citernya hahahaha
Haha....apprecatie the observation:).....I'm a fairly liberal father, so bercakap pasal breastfeeding is not a taboo to me.
Congrats, glad to know you have also opted to breastfeed your kids.....should be the preferred option unless there are other reasons preventing a mother from doing so.
Thanks for sharing...
saat menyusukan my babies adalah saat yang terindah...
Yes...yes....surely memang terindah. Precious moments between mother and child
Post a Comment