Wednesday, May 26, 2010

Rumah Ku Tak Terurus

Kali terakhir saya menulis ke dalam blog ini adalah 2 minggu lepas dan sebelum itu hampir sebulan tiada sebarang entry baru. Ya, rumah saya di Suhaimi Says What.....??? amat tidak terurus sejak dua menjak ini. Keinginan tu ada tapi kudrat pula yang selalu tak kesampaian. Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis didorong guilty conscience di atas kealpaan sendiri. Waktu telah berlalu terlalu pantas sehingga dalam tak sedar terlalu lama rumah saya ini sunyi sepi.

Aktiviti utama saya yang paling banyak mengisi ruang ketika ini adalah penglibatan saya sebagai jurulatih pasukan Navy ORCA dalam melaksanakan latihan pusat bagi menghadapi kejohanan tahunan terbesar dalam kalender pasukan dijadualkan pada penghujung Jun. Saya di padang ragbi setiap hari mengikut jadual 8.00am-10.00am dan 4pm-6.30pm sejak lebih sebulan yang lepas. Di antara kedua-dua jadual latihan pula, saya terpaksa terkejar-kejar di pejabat melakukan ‘apa yang patut’ dalam waktu yang terhad. Dengan badan yang penat dan diselangi pelbagai ‘dugaan’ yang kekadang betul-betul mencabar minda, saya akui keterujaan untuk menulis cerita baru di dalam blog ini tersasar daripada senarai keutamaan harian saya. Warna kulit yang semulajadinya memang sedikit kelam, sekarang ni semakin bertambah ‘tinted’ lanjutan pendedahan terlampau kepada sinaran matahari. Status FB saya terkini turut menceritakan perihal situasi yang saya alami; “......Catching lots of rays....but it has nothing to do with getting a tan”.

Di hujung minggu pula kekadang saya ke luar daerah kerana ada perlawanan ragbi. Dalam masa terdekat ini sudah 3 kali ke Ipoh dan 2 kali ke utara (Kedah & Perlis) bagi membawa pasukan Navy ORCA menghadapi perlawanan di sana. Kalaupun tak ada apa-apa aktiviti ragbi, pastinya waktu yang terluang di hujung minggu diisi bagi membelai isteri dan anak-anak selain merehatkan badan yang sebenarnya dah tak dayoooo........

Sepanjang tempoh hibernasi di blog ini, sebenarnya terdapat beberapa pengalaman di mana saya ada terlihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang amat hodoh, namun tak kurang juga yang menyentuh hati dan menginsafkan. Yang tidak baik dan hodoh biarlah menjadi sempadan dan pengajaran buat diri saya. Apa yang saya ingin kongsikan sedikit di sini adalah pengalaman yang telah memberi kesan positif pada prespektif saya terhadap kehidupan.

Saya melihat bagaimana seorang penjaja hanya memperolehi jualan kasar RM24 ringgit apabila kesemua bihun, mee dan kue teownya terjual (saya beli pada harga ‘singgit’ sebungkus dengan kuantiti setiap bungkus mencukupi untuk pemain saya yang rata-rata tajam seleranya). Pada pada masa yang sama penjaja tersebut turut menjual kuih-muih pada harga ‘singgit’ untuk empat kuih. Berapa sangat untungnya, namun masih amat berbesar hati untuk memberi saya kuih percuma apabila saya membuat tempahan lagi untuk keesokan harinya. Siap dua tiga kali melambai sambil menguntum senyum apabila saya meninggalkan gerainya. Isteri saya yang sempat interview penjaja tersebut juga mendapat tahu beliau turut membawa teksi sebagai sumber rezeki selain menjual di gerai. Hmmmm......saya amat mensyukuri nikmat dan rezeki yang Tuhan kurniakan pada saya.

Saya juga kagum dan berasa amat bertuah berpeluang melihat sendiri keperibadian Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang amat mesra rakyat serta ultra sporting semasa mencemar duli menghadiri majlis makan malam Kejohanan Ragbi Laksamana 10’s di Arau. Dirgahayu Tuanku!!!!


Sebelum terlupa......saya nak bagi peringatan kepada abang-abang dan adik-adik yang menjual burger di luar sana. Kalau saya order ‘burger ayam satu, jangan letak apa-apa kecuali mayonis’, tolonglah jangan ambil inisiatif sendiri dan letak sos cili pada burger tersebut. Mayonis sahaja!!!!! Tolonglah...... kerana daripada tiga kali yang saya beli, dua kali burger tu ada sos cili. Memang sedap ada sos cili tu, tapi yang nak makan bukan saya tapi anak saya. Sapa yang kena habiskan burger tu bila dah jadi cam ni.....saya jugakkkk!!!


Dah termula cerita pasal makan, kalau ke Perlis jangan lupa cuba makan tengahari di sebuah restoran di Kampung Kersik, Mata Ayer dikenali Warung Pokok Sawa. Masakan lauk-lauk kampung yang teramat special terutamanya ikan keli. Favourite saya adalah ikan keli bakar yang telah menjalani proses pembakaran perlahan sehingga masak dengan sempurna dan terpelihara manisnya. Dipasangkan pula ikan keli tersebut dengan air asam yang lengkap serba serbi bahannya serta ditemani kerabu taugeh atau sayur lemak pucuk manis......need I say more? Dan jangan lupa mencuba jus pegaga yang cukup sejuk dan nyaman sebagai penutup tirai. Dua kali saya ke utara, tiga kali saya singgah di warung ini. Boleh check out FB warung tersebut di sini.


Anak-anak dara saya yang dua orang tu juga telah semakin besar sekarang ni. Perubahan amat jelas dari segi selera muziknya, program TVnya, pertuturan dan pilihan perkataannya dan macam-macamlah. Baru-baru ini semasa hari sukan Tadika Krista kedua-dua si kembar telah diberi kepercayaan untuk membaca Ikrar Sukan. Saya rasa amat bangga dengan kemampuan mereka walaupun malangnya pada hari sukan tersebut saya tak dapat hadir kerana menghadiri seminar. Rasa rugi dan amat bersalah, namun dengan bantuan teknologi saya dapat juga melihat aksi mereka melalui rakaman video semasa hari sukan tersebut. Anak-anak dara saya juga telah bertindik baru-baru ini. Zaman ni cara bertindik amat mudah dengan menggunakan ear piercing gun dan kedua-dua cik kembar kita telah menunjukkan semangat yang kuat dan komitmen untuk menjadi cantik yang begitu tinggi. Tak ada tangisan, cuma sedikit kekerutan di wajah yang cuba disembunyi sebaik mungkin. Well done girls!!!!

Farhana & Farzana membaca ikrar dengan penuh semangat

Juara-juara berposing sakan

Bertindik di Kedai Emas Poh Kong

Selain itu, saya juga berkesempatan membawa keluarga mononton filem Iron Man 2, Hooperz dan Furry Vengeance. Yang penting my girls dapat makan freshly made popcorn yang merupakan kemestian bagi mereka kalau ke cineplex. Iron Man 2 kira okay ler tapi tak sebagus yang pertama, Hooperz merupakan pleasant surprise kerana ada unsur-unsur kelakar yang fresh serta selamba, manakala Furry Vengeance bukan saya sahaja yang tertidur di tengah-tengah tayangan, anak-anakpun asyik tanya bila cerita ni nak habis.


Ya, saya akui rumah saya di Suhaimi Says What.....??? amat tidak terurus akhir-akhir ini. Namun saya masih gembira kerana hidup saya sendiri masih terurus dan masih dikurnia seribu kerahmatan Tuhan. Alhamdulillah.

Thursday, May 13, 2010

PCL Recovery Exercises

This posting is my answer to Hamlet’s question in my previous entry. Since it’s longer than I’d expected (with pictures as well) and I’m now hoping that it could benefit other people as well, so I decided to put it as an entry on its own. Here it goes:

Hamlet said: .........do you mind sharing with me at least type of exercises u did during ur PT session? What did u do? Did u go to the gym? etc.

Hamlet (and other PCL survivors),

From your posting in Pam’s blog, I assume it’s been 6 months since your surgery. I hope you are progressing well. At this stage I was already mixing the Physiotherapy at the hospital with my own exercises at the rugby field.

Have you regained you full range of movement yet? Keep pushing, and ice it regularly especially after an exercise. I always knew my knee would not heal completely to its previous state prior to the incident, but one thing I really wanted was to regain full range of movement in my knee. I can’t imagine performing my prayers sitting down for the rest of my life. So despite the pain I kept pushing through till I finally regained full ROM, can’t remember when but after about 6 months I think I got enough bending in the knee to be able to perform my prayers sitting down (though not at full ROM but close enough, and with the associated pain that came while doing it).

As for doing the exercises, I was quite lazy to do it at home (with twins running around….very challenging). My therapy was mainly at the hospital twice a week and at the rugby field three to four times a week.

Exercises at the hospital (at about 5 month point) include:

~ Cycling. I gradually increased the resistance to develop my thigh and leg muscles which had shrunk significantly after the surgery. I normally cycled for about 30-45 minutes for each session.

~Steps. “Up & down” steps were very useful. How to describe this? It only has two levels of steps; let say you step up with your left, then up with you right and you are already on top of the stairs. Then you continue to step down. Repeat this for let say 5-10 minutes varying the way you step. It promotes bending of the knee and develops strength.

Steps similar to the ones I used

~Trampoline. I used to bounce on it with one leg on and the other leg off the trampoline.  I vary the bouncing going forward, side-ways and backward. I liked this exercise as it also made me sweat.


~Standing on a Half-ball. Standing on a flat surface suspended on top of a half ball helps especially to improve flexibility and balance.

~Standing on inclined surface. This is the easiest thing to do and you can vary the inclination based on your progress and tolerance to pain.

~Terra band. This rubber band may be used in various ways to provide resistance. I used it a lot. And they are colour-coded depending on their strength and elasticity. The strongest one is black, and I was taught to perform various exercises using them. You can do this at home as well, but unfortunately in my case, I didn’t do quite as often as I should (we are talking hundreds of reps for each type of exercise daily). I also bought a set of weights that can be wrapped around my ankle and I used it in similar manner as I would with terra bend.


The elastic terra rubber bands

~Water exercise. The hospital has a water therapy pool that generates waves at varying speed to provide resistance during the exercise. It was fun but I only managed to do it like 3 to 4 times.


~Gym sessions. I did a little bit of weight training, mostly doing “leg extension” (front and rear extension). Increase the weight gradually as your leg becomes stronger. I did this only for a short while (maybe up to 10 sessions) towards the end of my 9-month therapy at the hospital. Due to my work commitment, after 9 months I only did exercises at the rugby field while coaching my team. For exercises using weights, you’d better consult your PT staff as it involves a little risk depending on what exercise you perform. I think a gym rat like Pam may also give you some really good pointers on this one.

Leg extension machine

Exercise at the rugby field:

~Running. I ran circuits, varying the distance. Something like this: run 50m, walk 50m, run 50m and walk 50m. Increase the distance, the speed and the repetitions when you become more comfortable (never do sprint at this stage!! I have not done any sprint even today). I also ran sideways, zig-zag, backward, striding etc. I used to be a sprinter in secondary school and the knowledge did help me to be a bit more creative with the running exercises. I also used weights around my ankle and walk with them as I conducted rugby practice.  I eventually did hill exercises, climb a 1000ft+ hill and ran 5km with my players.

These exercises worked for me, but they are not the only ones.  Do consult the experts before attempting any of the exercises I mentioned.  You must know your body, your limit and your threshold for pain.

All the best to you Hamlet, and all you guys PCL survivors out there.