Sunday, November 14, 2010

Pendapat Saya Mengenai Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak

Tajuk: Anak demam........Apa nak buat?

Anak-anak memerlukan kita apabila mereka sakit

Anak-anak yang sedang membesar masih belum mempunyai sistem pertahanan badan (imunisasi) yang lengkap dan ini mengakibatkan mereka terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. Demam, batuk dan selsema adalah masalah yang biasa kita lihat berlaku pada anak-anak kita. Walaupun dalam banyak keadaan, tahap sakit anak-anak kita tidak melarat ke tahap bahaya, namun kadangkala situasi boleh berubah secara mendadak dan kita kena bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Apa yang saya ingin saya kongsikan adalah persediaan yang kita boleh lakukan bagi menghadapi situasi kecemasan berkaitan demam. Demam walaupun pada dasarnya nampak perkara biasa, namun sebenarnya boleh menjadi kritikal jika kita tak mengawalnya dengan baik. Saya sendiri telah mendengar banyak cerita dan pengalaman kawan-kawan yang menghadapi situasi cemas apabila suhu demam mencecah tahap kritikal sehingga mengakibatkan berlaku ‘tarik’ dan lain-lain komplikasi. Dalam banyak situasi, kebanyakannya ibu bapa tidak monitor peningkatan suhu anak-anak dengan teliti dan hanya kelam-kabut ke hospital apabila berlaku situasi tarik dan sebagainya.

Daripada pengalaman saya, suhu badan anak-anak boleh berubah dalam waktu yang terlalu singkat. Pernah saya dapati suhu anak saya meningkat dari normal kepada hampir kritikal dalam tempoh 10-15 minit sahaja. Kalau anak-anak demam memang saya dan terutamanya isteri terpaksa berjaga malam bagi memantau suhu mereka. Bagaimana nak memantau dengan baik? Mestilah kena ada jangkasuhu (thermometer) yang baik. Saya amat mengesyorkan ibu bapa supaya melabur sedikit bagi membeli jangkasuhu untuk disimpan di rumah. Pelaburan ini bagi saya sendiri telah beberapa kali membantu saya membuat keputusan sewajarnya termasuklah menghantar anak-anak ke klinik pada pukul 3 pagi apabila suhu badan tidak lagi terkawal.

Jangkasuhu yang baik dapat memberi bacaan suhu yang tepat dalam masa beberapa saat

Berdasarkan pembacaan saya, suhu normal badan kita adalah sekitar 35.5ºC-37.5 ºC. Apabila saya dapati suhu badan anak-anak melewati tahap ini, saya dan isteri akan monitor selalu. Dengan adanya jangkasuhu ini, kami biasanya memeriksa suhu badan anak-anak setiap 15-20 minit ataupun setengah jam mengikut keperluan. Kekadang tu anak-anak kita menghadapi ‘panas dalam’ dan badan mereka tidak menunjukkan panas sangat apabila dipegang tetapi bila check dengan jangkasuhu, alamak......dah kritikal. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri maka saya nasihatkan ibu bapa jangan bergantung hanya kepada kaedah ‘belakang tapak tangan’ bagi memeriksa suhu badan anak-anak kita semasa mereka demam.

Apa yang kami lakukan sebagai permulaan apabila anak-anak demam adalah berusaha menurunkan suhu mereka secara manual menggunakan ‘cool fever patch’ iaitu pelekat serap haba yang dibeli di farmasi, lap guna tuala basah dan kalau rasa-rasa tak jalan juga, bagi mereka mandi (walaupun di tengah malam......alhamdulillah anak-anak tak meragam sangat bila dimandikan). Di rumah juga kami biasanya ada ubat demam yang dibekalkan oleh doktor dan digunakan bila suhu nampak dah sukar dikawal. Kalau ubatpun tak jalan dan suhu mula mencecah kritikal, cepat-cepat bawa berjumpa doktor. Pada saya kalau dah melepasi 39 ºC dan tidak terkawal, itu dah kira kritikal dan kena consider nak bawa jumpa doktor. Pada setiap masa, jangkasuhu adalah kawan terbaik kami untuk monitor perkembangan demam anak-anak.

Fever Patch seperti ini boleh didapati dari kedai dan farmasi

Bila dah terpaksa bawa ke klinik atau hospital, perancangan kita juga penting agar tidak membuang masa tercari-cari ke mana nak dituju terutamanya selepas kebanyakan klinik ditutup. Kita kena tahu di mana klinik 24 jam terdekat dan di mana hospital terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Sebagai contoh saya di Manjung, klinik family saya adalah di Poliklinik Mior yang saya amat yakin servisnya (promote sikit bisnes kawan2), diikuti Poliklinik Samudera yang merupakan opsyen berikutnya kerana ia dibuka 24jam dan servisnya juga saya yakin. Klinik Yasmin juga okay tapi saya kena jangka mungkin kena tunggu lama sebab selalu ramai orang so kalau nak cepat saya tak ke sana. Selain itu hospital terdekat bagi menghadapi kecemasan adalah Hospital Manjung kerana di sana ada Pediatrik. Saya tak akan pergi ke hospital Angkatan Tentera kerana saya tahu pada masa ini tiada Pediatrik di sana dan sebarang kecemasan akan dirujuk juga ke Hospital Manjung. Perancangan begini membuatkan saya berasa lebih yakin sekiranya berdepan situasi perlu menghantar anak-anak berjumpa doktor pada bila-bila masa. Nasihat saya kenal pasti di mana Pediatrik terdekat kerana hospital yang tiada pakar ini akan divert kes anak-anak anda ke hospital lain yang mempunyai pakar. Keadaan ini pernah berlaku kepada kawan saya dan masa yang terbuang ekoran menghantar anak ke hospital yang tiada Pediatrik boleh mengundang padah.

Kenal pasti samada pakar Pediatrik ada di hospital terdekat anda 

Rumusannya jangan ambil ringan bila anak-anak kita demam. Pantau suhu kerana suhu mereka boleh berubah mendadak. Melabur sedikit bagi mendapatkan jangkasuhu yang baik. Cuba kawal suhu dengan kaedah sendiri serta sediakan ubat demam yang bersesuaian di rumah. Kenal pasti opsyen klinik dan hospital untuk menghadapi kecemasan pada bila-bila masa terutamanya setelah kebanyakan klinik ditutup. Ketahui di mana lokasi Pediatrik terdekat. Setelah berusaha, kita tawakal dan berdoa semoga anak-anak kita diperlihara Allah swt dan dijauhkan daripada sebarang musibah. InsyaAllah.

Anak demam..........jangan ambil ringan ye!!!!!!!!

Tuesday, November 9, 2010

My PCL Progress

There is life post PCL Surgery

I have not had the opportunity to see Dr Musa, my Orthopedic, for almost a year. He was away for a course and my past few appointments had been attended to by one of his staff who would just prescribe me with more Glucosamine (Viartril-S) to last me until the next appointment.

A life changing injury

Today I finally got to see Dr Musa for further diagnosis of my progress post PCL surgery. The good news is that the PCL surgery is a huge success (by my definition that is) as the range of motion (ROM) in my left knee is at its optimum with very little pain despite the strenuous load I subjected the knee to during recent activities (removing top soil from my little garden and replacing it with sand which I did in 5 days, followed by completing an 18 hole golf outing by walking).

PCL when it's fully singing & dancing

Now on to the not so good news. My other knee, on the other hand, is not doing very well as it has been affected due to subconscious ‘load shifting’ since the PCL surgery (which aggravated the existing wear and tear damages of my cartilage and further depleted my knee fluid). The knee is swollen a little because of my recent taxing activities, and the right knee has now become the ‘bad’ knee, limiting my movement at times due to pain. The medical term is ‘Osteoarthritis’ which is defined as “A form of arthritis, occurring mainly in older persons, that is characterized by chronic degeneration of the cartilage of the joints”. In older persons......hmmm. I guess I must accept that am an older person now:)

Dr Musa advised me to undergo a ‘scope’ to assess the damage but for now that is just not possible as I am scheduled to further my studies for a year beginning this January. As a stop gap measure, I have been scheduled to received 3 injections of fluid booster (for lack of a better term, will get the proper name next visit) to help augment the depleted knee fluid. I must say that after the first injection today, the right knee feels much better. I am scheduled to receive the subsequent two injections at one week intervals and hopefully the pain will be further reduced then.

I still have full ROM in both knees which is the bench mark for me to deal with this situation. There is pain in both knees, and this has limited a lot of my activities especially those that include running, but for as long as I have full ROM I am still very happy.

Dr Musa also explained at length the difference between the PCL surgery that I underwent which used‘autograft’ (not autograph) and the other version using ‘allograft’. Autograft uses replacement ‘parts’ taken from own body while Allograft uses those from a donor. Interesting!!! He said using allograft is more common in the US, while here in Malaysia autograft is more common as it is a cheaper option. Cheaper vs Better???? No idea.

Anyway, it has been an interesting day for me. As I recuperate at home tonite, I am thinking about Pam, Molly, Steven Chandra and the others who are facing their own battles in PCL recovery. Some are more successful than others, but this is life-long battle for us in the PCL Survivors Club. Today’s news about Osteoarthritis is just one of the many possible challenges that I have to face.  I believe I am ready......I really hope I am.

I must also thank Dr Musa for his tireless effort to help my condition, and after 4 years under his care, I must say that his dedication in doing what he does best as Orthopedic is extremely commendable.  Thank you Dr Musa!!!!!!

Well folks, that where I am with my PCL situation. All the best to all the PCL Survivors out there. May all of us come out on top in our struggle to get better, InsyaAllah. Amin.