Sunday, May 29, 2011

Hello Pekanbaru

Logo Provinsi Riau
(Bumi Melayu Lancang Kuning)

Saya baru kembali dari lawatan sambil belajar ke Johor, Singapura dan Pekanbaru di Riau. Melihat perkembangan Indonesia Malaysia Singapore Growth Triangle (IMS-GT) adalah agenda utama. Selama seminggu melakukan lawatan ke Wilayah Iskandar, pusat latihan pegawai tentera Singapura, sebuah syarikat besar di dalam defence industry Singapura, Konsulat Malaysia di Riau, Pejabat Gabenor Riau, syarikat pengeluar minyak Chevron Pacific Indonesia dan syarikat akhbar tersohor di Riau dikenali sebagai Riau Pos banyak yang saya pelajari mengenai institusi di ketiga-tiga negara, dan kebetulannya saya perlu menyediakan laporan terperinci sekembali lawatan maka saya memang sentiasa perlu mencatit pelbagai maklumat dan data terperinci setiap lokasi dilawati.


Namun selain pengalaman daripada lawatan rasmi, saya sebenarnya lebih teruja untuk berkongsi pengalaman peribadi melihat kota Pekanbaru yang merupakan ibu negeri Riau. Memang ianya tidak semaju bandaraya KL atau Penang, tak juga seperti Johor Bharu, namun tetap mempunyai keunikannya sendiri. Kalau nak buat perbandingan, Pekanbaru sekarang baru dalam proses membina flyover yang pertama di dalam kotarayanya maka boleh bayangkan suasana trafik yang masih bercelaru dan sentiasa mengalami kesesakan. Saya duduk di hotel the Grand Jatra betul-betul di tengah kota Pekanbaru, mudah nak meninjau kerana tempat shoppingnya memang dekat dengan hotel. Tapi bukan saya dapat jalan sangat sebab jadual lawatan yang padat, tapi isteri yang turut serta mempunyai lebih banyak masa untuk merayau-rayau menghabiskan duit belanja yang saya beri. Ditambah pula ada isteri pelajar Indonesia yang menjadi host kepada isteri-isteri yang ada, maka bab menghabiskan duit memang tak perlu risau.

The Grand Jatra di tengah-tengah kota

Apa yang boleh dibuat di Pekanbaru? Rasanya kalau perihal shopping tak sehebat Bandung atau Jakarta (walaupun saya tak pernah sampai ke sana tapi bersandarkan ceritanya, Bandung dan Jakarta memang syurga berbelanja) tapi bagi barang-barang seperti kain lace, kain pelekat dan beberapa barangan lain masih lebih murah di Pekanbaru berbanding Malaysia.

Pasar Ramayana merupakan salah satu tempat shopping yang menarik

Riau adalah sebuah daerah (Provinsi mengikut istilah Indonesia) yang amat tebal dengan semangat kemelayuannya, terbukti melalui nama jolokannya Riau Bumi Melayu Lancang Kuning sehingga masyarakatnya melihat ungkapan Hang Tuah “Tuah Sakti Hamba Negeri, Esa Hilang Dua Terbilang, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Takkan Melayu Hilang di Bumi” (dipetik dari website rasmi pemerintah Riau) sebagai asas kepada jati diri masyarakat melayu di Riau. Di Pekanbaru sendiri tersergam banyak bangunan kerajaan yang tinggi dengan nilai kemelayuan di dalam rekabentuk senibinanya, malah video promosinya silap-silap boleh disangka promosi mengenai adat budaya melayu di Malaysia, lengkap dengan nyayian dan tarian serta pakaian yang hampir serupa. Sejak menjadi wilayah autonomi tahun 2001 dan setelah berlaku pengasingan daerah Riau dan Kepulauan Riau sebagai dua daerah yang berbeza pada tahun 2004, Riau semakin maju ke hadapan. Saya sendiri agak terpegun melihat Pekanbaru yang begitu asing bagi saya sebelum ini. Berikut adalah antara yang saya perhatikan selama 3 hari di sana:

Ciri-ciri kemelayuan amat terserlah dalam rekabentuk bangunan pejabat Gabenor Riau ini

Pakaian dan budayanya yang banyak ciri-ciri serumpun dengan kita

~ Pekanbaru dinobatkan sebagai salah sebuah bandar terbersih di Indonesia. Memang bersih, tak boleh lawan kebersihan Singapura tapi usaha mereka memang boleh dibanggakan dan kita boleh belajar dari kejayaan mereka ini.

~ Riau merupakan salah sebuah daerah pengeluar minyak terbesar di Indonesia, namun carigalinya tertumpu di daratan di beberapa kawasan utama seperti Minas dan Duri. Banyak hasil minyaknya weh!!!

Hasil minyak sumber kekayaan utama

~ Masjid Agung An-Nur tersergam megah di tengah-tengah kota Pekanbaru amat saya kagumi kerana rekabentuknya yang teramat gah dan unik. Di sekeliling ruang solatnya yang luas dan di setiap tiang serinya yang entah berapa jumlahnya, terpahat ukiran ayat-ayat al-Quran selebar lebih kurang enam inci diperbuat dari tembaga. Wow!!! Sempat saya sembahyang Jumaat di sana dan melihat cara beribadat masyarakat Islam melayu Riau. Ritualnya hampir sama, dan khutbahnya juga amat bagus kerana khatib tidak membaca teks khusus. Tapi bab kena bagi duit saguhati untuk simpan kasut supaya tidak hilang....hmmmm. Derma ikhlas yang tidak ditetapkan nilainya.......Agak kurang bersetuju. Terdapat banyak juga masjid yang indah saya nampak di Pekanbaru yang kebanyakannya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri rekabentuknya tapi kerana kesuntukan masa tak sempat melawat atau mengambil gambar. Satu kerugian bagi saya dan kalau berpeluang lagi memang aspek ini yang saya nak lihat dan tahu dengan lebih dekat.

Masjid Agung An-Nur Pekanbaru

~ Saya melihat kebanyakan bangunan yang tersergam indah adalah bangunan kerajaan. Terlalu jauh perbezaan antara keadaan bangunan kerajaan berbanding bangunan milik persendirian. Ada yang mengatakan setelah menjadi wilayah autonomi, pentadbir Pekanbaru mempunyai lebih banyak budget tapi kurang cekap menguruskannya maka berlaku ketirisan dan pengurusan kewangan yang tidak begitu efisyen. Entahlah ....... pastinya ini bukan sesuatu yang boleh dirumuskan oleh seorang warga asing seperti saya yang datang berkunjung untuk tempoh yang begitu singkat.

~ Akhbar di Riau sememangnya bebas melaporkan apa juga berita tanpa perlu risau terhadap pengaruh pemerintah atau pihak tertentu. Bagi daerah Riau sahaja saya difahamkan terdapat 17 akhbar harian. Adakah akhbar di sana lebih bebas berbanding akhbar di sini? Bagaimana tahap kematangan masyarakat dalam menilai berita yang disampaikan? Bagaimana pula tahap kamatangan akhbar sendiri dalam melakukan self-censorship. Itu adalah antara persoalan yang saya terfikir sepanjang lawatan ke syarikat akhbar terbesar di sana. Apa-apapun, berita lawatan rombongan yang saya sertai turut dimuatkan setiap hari oleh akhbar tersebut. Glamer lah juga......

Ibu pejabat Riau Pos

~ Indonesia berbangga sebagai sebuah negara yang mengamalkan ‘true democracy’. Perjawatan penting seperti Gabenor Provinsi, Datuk Bandar (Wali Kota), Pegawai Daerah (Bupati Kabupaten) semuanya dilakukan secara pilihanraya dan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tempoh tertentu seperti contohnya 2 penggal maksimum bagi Gabenor. Kalau di negara kita semua perjawatan di negeri dan PBT adalah secara lantikan. Kalau pendekatan sebegini boleh dilakukan di negara sebesar Indonesia, persoalannya mengapa tidak di negara kita? I know it’s not that simple but why not we consider it.

~ Makan......memang terbaik!!!! Bermula dengan jamuan tengahari oleh Konsulat Malaysia, seterusnya jamuan tengahari oleh pejabat Gabenor Riau dan jamuan tengahari yang kami biaya sendiri, sememangnya makanan di Pekanbaru sedap. Ikan patin gulainya, sambal jeringnya, sambal hijaunya, sambal kuininya…. perghhhh!!! Memang saya makan banyak semasa di sana. Tapi yang paling nikmat adalah jus buah-buahan yang teramat berkualiti dan murah berbanding di negara kita yang selalunya teramat cheapskate dalam menyediakan jus. Pada harga tidak sampai RM3 segelas besar saya rasa jus avocado, jus durian belanda (soursop) dan jus mangganya memang terbaekkkkkk!!!! Paling tidakpun kalau nak cepat dan sedap, bakso pada harga berpatutan memang senang didapati cuma kena berhati-hati di mana nak makan, saya biasanya memilih makan bakso di shopping complex atau restoran yang nampak bersih dan teratur.......takut kena food poisoning. Kepada mereka yang berniaga di Malaysia, kenapa ler buat jus yang ‘cheapskate’ tapi charge harga mahal, di Pekanbaru jusnya teramat berkualiti tapi kenakan harga ‘cheapskate’......baru betul!!!! We have so much to learn still, bila ler nak berubah agaknya.

Gulai patin (boleh cuba juga ikan baung yang dimasak cara serupa)

Sambal jering (atau jengkol)

My all time favourite.....jus avocado (dikenali jus alpokat di sana)

~ Satu soalan......kenapa Malaysian kalau ke negara luar atau bila berbicara dengan warga asing cuba mengikut slanga atau accent warga asing tersebut? Cakap dengan orang Indonesia accentnya pun ikut jadi Indonesian…Wah Bapak , hebat sekali!! Enggak ada diskonnya? Hahaha......tapi kita tak pula melihat orang Indonesia mengajuk accent kita, kenapa ye? Bila ke UK, accentnya mengalahkan orang British……Ohhhh, how wonderful! Would you like a cup of tea?......How are you mate? Itu bila jumpa Australian....Cool Man, whassup brother? .....American accent anybody? Kena buat kajian ni kenapa kita cepat sangat terikut-ikut cakap orang lain. Adakah itu maknanya kita ni cepat menyesuaikan diri dalam apa suasanapun atau adakah kita mempunyai krisis identiti sehingga merasakan hanya dapat berdiri sama tinggi bila bercakap seperti mereka. Tapi kalau melihat bagaimana sesetengah kita mencedok budaya Mat Salleh lebih dari Mat Salleh sendiri, boleh tepuk dada dan jawab sendiri. Ingat lagi semasa sekolah dulu, bila ada Mat Salleh belum kenal lagi siapa dah awal-awal lagi panggil ‘sir’. Bab yang suka ikut accent orang lain ni saya rasa kita kena ubah sikit untuk kebaikan masa depan. Ya, saya sendiri turut melakukan kesalahan ini tapi saya dah lama cuba untuk berubah.......cuma kekadang terselit sikit-sikit tu adat ler.....hahahaha.

~ Melencong sikit tapi rasanya tak lari sangat dari tajuk.....semasa di Singapura pemandu bas yang membawa kami mematuhi semua peraturan lalulintas di sana. Contohnya bila nampak lampu kuning dia akan perlahankan kenderaan untuk berhenti, tapi lain pula keadaannya bila memandu di Malaysia. Belasah jer walaupun lampu dah bertukar merah. Pelik kan? Begitu juga pemandu Singapura yang memasuki Malaysia dan mula memandu macam pelesit......adakah ini cuma sekadar melepas gian. Di Pekanbaru pula pemandu-pemandunya tak bawa laju tapi peraturannya lebih mengikut siapa berani dan siapa besar. Pemandu bas boleh memotong barisan dan menghimpit sehingga kereta terpaksa berundur bagi memberi laluan, bas membunyikan hon menyuruh basikal ke bahu jalan dan bukan cuba mengelak penunggang basikal tersebut. Kadang-kadang seriau melihat betapa dekatnya bas berselisih dengan kenderaan lain, dan pastinya kereta atau motor akan memberi laluan kepada bas kami.

Jalan utama di tengah-tengah Pekanbaru di mana flyover sedang dibina...sibuk memanjang

Secara keseluruhannya saya suka melihat keadaan di Pekanbaru. Penduduknya yang ramah dan mudah tersenyum, pekedai yang sabar melayan kerenah pelanggan tanpa mengeluh atau memasamkan muka, pemandangan di jalanan yang menceritakan seribu satu pengertian dan yang paling saya teruja ialah melihat potensinya, Pekanbaru sendiri dan provinsi Riau seluruhnya untuk menjadi sebuah daerah ekonomi yang maju dan berdaya saing. Memang masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan negara kita tapi tanpa sedar mereka semakin merapatkan jurangnya dan kalau kita tidak berhati-hati, kita akan ketinggalan akhirnya. Senario yang sama juga saya perhatikan semasa lawatan ke Ho Chi Minh City dan Hanoi beberapa bulan lepas, so wake up Malaysians!!!......ingat dulu ramai warga kita ke Singapura untuk shopping kerana barangannya yang murah dan kuasa beli kita yang tinggi. Macam déjà vu pulak melihat begitu ramai warga Malaysia berbondong-bondong shopping ke Ho Chi Minh City dan Bandung ketika ini. Adakah keadaannya akan berubah sebaliknya satu hari nanti? We’ll see and harap-harap tidak jadi begitu.

Tuesday, May 17, 2011

The end of my first semester

I have finally completed my first semester as a student. What a relief!!! It was a mixed reaction of happiness, anxiety and fear as I stepped out of the exam hall after the last exam. I know I have passed all the five modules but how well or how bad we just have to wait until the results are announced. I must say that being a student again has not been easy. Writing academic essays have not been easy but to my further surprise, writing in exams was even more difficult despite my hours of preparation. Now I know why it took me such a long time to complete an essay, and how much reading I had to do in order to come up with something relevant. I guess my being introvert and nervous (not to mention being an idealist on how I should write) put more pressure and posed some difficulties during exam…….but on the bright side I must say that I am quite happy with my overall performance. Some adjustment to be made in the second semester but I think I have done my best and I must be content with whatever results I will eventually get. Oh, God…please let me do well.

It's all mine.....yummy!!!!!

So immediately after the exam it was a treat of Cornetto ice cream specially reserved in the freezer just for the occasion. I know that’s sad…hahahahaha, but it was just what I needed. Then off to watch Fast and Furious 5, alone! Yup, the much needed space to keep my mind switched-off for two hours watching a movie which didn’t require much brain activity, while enjoying freshly-made popcorn and a refreshing glass of ice tea…….all in the comfort of a cineplex full of strangers. What did I remember about the movie?….Van Diesal has gotten chubby, could not remember which of the three girls in the movie was hotter, but for sure they all wore skimpy clothes to show off their super skinny figures………and the over the top ending of the heroes driving their sports cars around the city dragging an extremely heavy safe the size of a 20ft container….come on!!!! But I loved it!!!!!


The weekend has been full of family activities like splashing around the pool with my kids, singing our hearts out during a karaoke outing (it’s confirmed none of us will ever go singing in public), a birthday dinner for my lovely wife and just all around relaxing and enjoying the company of my family. I am truly blessed.

Looking back, I think I should have eased off a little and tried to enjoy life a little better and not be overly worried about the programme. Certain things will definitely have to change next semester. I know I will continue to study hard, I will continue to work hard in preparing my thesis (the part I enjoy the most about doing this course) but I will make sure I can sneak in more room for other things which will hopefully make life more meaningful.