Saturday, February 24, 2018

Quest Mencari Buah Hutan Di Kota Raya

Siapa tau ni buah apa?


First time find out mengenai buah ni dua hari lepas. Ada yang mencari untuk buat ubat sakit buah pinggang. Baca dalam blog mengenai buah hutan ni... smells a lot like garlic katanya.... persoalannya mana nak cari buah hutan ni di KL?

So as a good Spy Leman that I am, tanya Mr Google... ada blog entry in Jan 2018 cerita buah ni boleh dapat di pasar Chow Kit. So, ada chance nak dapat. And the quest begins....

Sampai di Pasar Chow Kit lepas hampir sejam perjalanan sebab jam dan susah parking. Mula2 isteri Spy Leman tanya makcik gerai sayur... dia kata cuba tanya kat kedai belakang..... takkan begitu mudah kan?

Spy Lemanpun pergi kedai belakang... yes, ada! That was easy... ada 2 biji jer tapi dah kering dan tak ada isi pula. Weird, bila buah ni kering tak ada isi. Kakak tu kata cuba pergi kedai hujung tanya gerai "abang pakai cermin mata".

Explore sampai jumpa gerai kecil agak tersorok kat hujung... sah, abang cermin mata. Hmmm.... "abang dah tak ambil stok sebab kurang sambutan, customer banyak pulangkan balik buah ni sebab bila buka isi dah kering atau rosak".... pelik buah ni. Mana lagi boleh dapat? Cuba pergi bangunan belakang tingkat 1 kedai herba, ada satu jer kat situ. Ikut lorong ni (imagine lorong paling kecil antara gerai2 kat Chow Kit k).

Sambil Spy Leman susur lorong... dalam hati terfikir, betul ke abang tadi ni. Dalam tertanya2 tu, ada pulak abang Alam Flora duduk sambil hisap rokok.... agaknya nampak sangat Spy Leman macam lost so dia tanya..."Nak pergi mana?" Nak ke Tkt 1. Mula2 abang tu kata Tkt 1 semua gerai makan jer. Tapi bila kata nak cari kedai herba, dia terus kata yer ada satu kedai herba kat atas tu; jalan sampai tengah, belok kiri, ada tangga besi, naik atas terus jumpa kedai herba tu.

Spy Lemanpun jalan ikut arahan abang Alam Flora yang memberi panduan sambil hisap rokok dan guna hand signals. Ternampak tikus gemuk di susur tepi lorong tapi buat dek jer. Yes, belok kiri dah nampak tangga besi. Lambai ucap terima kasih pada abang Alam Flora.

Pakcu Herba Antik & Mistik cannot be missed at the end of the stairs. It is not your usual herbal shop. From antiques like keris dan badik, to all sorts of akar, all sorts of exotic herbs, pelbagai tongkat, sampai rokok Marlboro dan top-up semua ada.... ada banyak benda kat situ Spy Leman tak pernah jumpa seumur hidup... so the very unique, termasuklah buah hutan yang dicari ni! Nak buah *****? Tunggu kejap. Tak lama abang tu bawa keluar 2 biji jer. Dah lama juga buah ni. Ni abang pilih yang agak berat sikit, buah ni makin lama makin ringan, biasanya kalau berat sikit buah masih ok. Then abang tu masuk ke belakang semula dan bawa keluar lebih kurang 20 biji buah ***** yg diletak dalam tudung saji plastik yg diterbalikkan. So pilih ler nak dapatkan buah yang lebih berat berbanding yg lain2. Last2 dapat pilih 6 biji buah ***** pada harga RM15... Abang tu kata kalau yg betul2 baru sampai harga dia RM5 sebiji. Buah yang makin lama makin ringan hingga kalau yg dah betul2 kering ringan macam tak ada apa2 isi di dalam. Yang Spy Leman beli tu masih agak berat dan terasa ada isi di dalam, hopefully memenuhi keperluan orang yang berhajat tu.

Hasrat tercapai dalam quest mencari buah hutan di tengah2 kota raya. Khususnya Chow Kit yang penuh seribu misteri serta pelbagai liku warna2 kehidupan. Spy Leman susuri lorong2 penjual buah, penjual sayur, penjual ikan2 dan ayam & daging (siap display kepala lembu, ekor dan kaki2 lembu beratur). Dalam 2 jam sahaja, pelbagai pengalaman sebagai Spy Leman yg membuatkan terasa macam dalam dunia khayalan, another dimension unlike what I see every day.... all within 1km plus from KLCC, and  me having the opportunity to ride through the experience and coming out thinking.... what did I just experience there?  All because of Buah Kulim!

Subhanallah!

No comments: