Bila adhoc jadi pergi kenalah bersiap secepat mungkin……..pukul 11.00am keluar rumah kira ok lah tu, dengan 3 beg besar….tuala, robes, pakaian untuk salin, air, toiletries, camcorder, kamera etc….macam biasalah bila bergerak dengan anak-anak kecil. Stop by restoran nasi kandar Biriyani 23 Jam untuk beli nasi bungkus. Anak-anak terpaksa ‘digula-gulakan’ supaya makan dalam kereta, “Siapa habis makan boleh pergi swimming di LWT”. Trick menjadi of course….hampir licin biriayani setiba kami di LWT. Bukannya apa, nak maximise waktu di sana sebab sampai di LWT dah pukul 1.00pm dan closing time adalah 6.00pm. Bila anak-anak dah kenyang, tak risau nak berhenti lunch (budak-budak kalau lunch, maybe sejam baru boleh settle). Bermula lebih kurang pukul 2.00pm, anak-anak dah mula berkubang. Memang mereka nampak enjoy sangat.
Sedikit highlights aktiviti kami di LWT:
Water Park. Di sini kami habiskan paling banyak masa. Kids Pool (Kids Explorabay) memang sesuai untuk kanak-kanak umur macam Farhana (Kakak) & Farzana (Adik). Crowd yang ada pada hari tersebut juga tidak terlalu ramai tapi meriah. Kakak & Adik cuba semua slides yang ada. Adik yang paling berani, dia memang nampak selesa dengan air. Kakak ada takut-takut sikit tapi tetap enjoy semua slides yang dia cuba.
Dry Park. Sekejap saja di sini. Lagipun tak banyak rides. Anak-anak naik children's carousel (named Perak Parade) dan Giddy Galleon, anak-anak nampak ok aje lepas naik tapi kami yang rasa tak sedap…. Mabuk! (benda tu berpusing-pusing… tu yang perut pun rasa mengelodak…).
Tiger Valley. Kami bernasib baik sebab sampai tepat waktunya untuk tengok feeding time. Pengalaman yang menarik untuk anak-anak tengok aksi harimau dari dekat (ada tiga ekor harimau, salah satu harimau bernama Sultan).
Petting Zoo. Petting Zoo adalah attraction terkini di LWT. Ada terdapat pelbagai haiwan untuk diperlihatkan pada anak-anak. Kakak & Adik semangat betul cuba menangguk ikan di dalam artificial parit sekeliling Pulau Arnab. Linpun semangat juga, kadangkala lebih dari anak-anak…tapi hasilnya nil.
Secara keseluruhannya, LWT memang amat sesuai untuk membawa anak-anak bermain air puas-puas terutamanya bagi anak-anak kecil di lingkungan umur macam Farhana & Farzana. Attractions sampingan selain Water Park kira biasa sahaja, tak umph sangat. Bagi anak-anak yang lebih besar, dan bagi mak-mak budak dan bapak-bapak budak yang datang untuk keseronokan sendiri, mereka mungkin merasakan LWT tak cukup thrill. Bila ditanya mana lebih best antara LWT dan Awana Kijal…….anak-anak jawab, “Lost World of Tambun”. Obviously, I got lots of hugs and kisses from them as well. Salah satu nikmat jadi Papa. Selepas dinner yang amat menyelerakan (sebab lapar agaknya) di Johnny’s di Kinta City, kamipun balik….tak sempat sembang apa-apa dengan anak-anak sebab tak sampai 5 minit mereka dahpun lena…. Cuti-cuti Malaysia trip yang simple ni amat berbaloi...Yeah.
No comments:
Post a Comment