Monday, January 4, 2010

Permata Makan Orang Lumut/Manjung

Ini salah satu tempat makan favourite saya. Mula dari masuk Navy, dan seterusnya lepas kahwin seluruh ahli keluarga jatuh cinta kunyahan pertama. Dan boleh kata semua yang berpeluang merasa penangan Ah Choon pastinya akan datang semula. Mangsa terkini adalah abang saya dari Penang yang berpeluang melepas dendam di restoran ini.

Restoran ini yang dikenali sebagai Restoran Choon Fatt, tak silap saya dibuka pada tahun 1984 (menurut interview tak rasmi saya dengan pemiliknya) pada ketika Pangkalan TLDM Lumut baru dibuka. Pada ketika Lumut, Manjung dan Sitiawan masih lagi merupakan tempat "jin bertendang" restoran ini yang memulakan operasi di Yacht Club di dalam kem merupakan lokasi ter"mantop" di kalangan pegawai TLDM. Saya mula terkena mantra Ah Choon pada tahun pertama mula bertugas dengan TLDM iaitu 1993. Restoran ini selalu menjadi pilihan sekiranya ada jamuan semi-formal seperti jamuan perpisahan, kenaikan pangkat dan juga meraikan pelawat.

Menunya yang saya selalu order tak banyak berubah, dengan menu wajibnya ikan stim dan sotong goreng tepung. Ikan yang saya suka adalah senangin, gerut-gerut ataupun jenahak. Untuk anak-anak saya pasti B&W Japanese tauhu. Kadangkala kalau nak yang ringan sikit, pilihannya adalah samada nasi goreng, kue teow kungfu atau bihun goreng, setiap satunya begitu simple tapi tak pernah tak habis kalau makan.

Kalau tengok kedainya memang tak banyak yang menarik. Ah Choon yang berseluar pendek dan t-shirt sendat menutup perutnya yang semangat.  Mejanya pula kosong dan hanya ditutup table cloth merah untuk pelanggan yang ramai (round table).  Anak-anak saya dah terlalu selesa di restoran ini sehingga memanggil tuan punya restoran sebagai “Atuk Ah Choon”.

Kalau sesiapa yang datang ke mari, jangan lepaskan peluang merasai legasi yang merupakan kebanggan bagi mereka yang claim orang local di sini. I’m hooked, you will be…..trust me.  Oh ye, baru-baru ini restoran dia buat uplift sikit tukar signboard, kini dikenali sebagai Restoran Ah Choon.

Berikut menu istimewa yang kami bedal semasa abang saya datang berkunjung baru-baru ini.


From bottom (clockwise):
Sotong goreng tepung, kangkung belacan, B&W japanese tauhu, stim jenahak, oyster egg, stim senangin.
Middle:
Chicken with dry chilly 



The Clan before the feast ((clockwise from far left):
Farhana, Lin, Farzana, Sarah, Amani, Kak Yatimah Miho & Abang

2 comments:

Anonymous said...

Thank u so much for the dinner the other night. It's now one of my favourite restaurant, too! Pls send my thanks to Atuk Ah Choon for me :-) -Kat Yatimah-
PS: Is Lin doing OK now?

Speedy No. 9 said...

Glad you like it. Lin is doing better now. The bad cough is pretty much gone now. Thanks. We look forward to your next visit