Khutbah hari Jumaat hari ini menyentuh isu berkaitan ciri-ciri rumah yang baik. Saya berpeluang mendengar khutbah ini semasa pergi menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Desa Bayu, Manjung. Antara aspek yang saya ingat adalah seperti berikut:
1. Kita hendaklah mencari rumah dengan lokasi yang sesuai. Seboleh-bolehnya rumah hendaklah dibina sendiri namun di zaman ini kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih rumah bersesuaian yang dibina oleh pemaju.
2. Seelok-eloknya kenali jiran sebelum membuat keputusan membeli atau membina rumah.
3. Rumah hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Hiasi rumah dengan perhiasan yang sesuai. Tanamlah pokok-pokok yang sesuai di halaman kerana membantu mengurangkan habuk. Tanamlah pokok-pokok bunga mengikut kemampuan dan kesesuaian.
4. Banyakkan berzikir dan beribadat di dalam rumah yang didiami. Rumah yang sentiasa dihiasi zikir umpama rumah yang hidup, dan rumah yang tidak dihiasi zikir seumpama rumah yang yang mati.
5. Gunakan rumah sebagai lokasi bagi mengadakan aktiviti berfaedah. Sekiranya berpeluang gunakan rumah secara sukarela sebagai lokasi bagi aktiviti komuniti dan kejiranan setempat.
6. Adakan majlis makan dengan menjemput jiran tetangga dan anak-anak yatim.
7. Sediakan rumah saiz yang sesuai untuk ahli keluarga, tetamu serta asingkan bilik anak-anak lelaki & perempuan.
Khutbah yang short & sharp. Kandungan yang simple tetapi mudah difahami di semua peringkat. Saya suka mendengarnya dan berharap lebih banyak khutbah seumpanya menghiasi mimbar hari Jumaat di masjid.
2 comments:
Thanks for sharing a good info :)
Thanks for reading....
Post a Comment