Sementara menanti azan, saya dapat beriktiqaf sekejap. Pada satu ketika pendengaran saya dapat mendengar bunyi ‘klik-klik-klik’ berterusan berulang kali. Ingatkan apa, rupanya ada saudara kita sedang berzikir menggunakan tasbih mekanikal (yang kita klik untuk tujuan mengira). Entahlah, tapi naluri saya merasakan ianya tidak sesuai digunakan di masjid kerana bunyi berulang (repetitive sound) yang dijana tasbih mekanikal tersebut boleh mengganggu jemaah yang lain. Rasanya gunakan jari lebih mudah, ke mana-manapun tak perlu risau terlupa bawa tasbih sebab jari sentiasa ada dengan kita.
Tak lama lepas tu, ada pula hamba Allah yang kelam kabut apabila handphonenya berdering dengan ring tone lagu yang sayapun tak pasti. Mungkin dia terlupa nak letak silent agaknya. Selain tu ada juga kaum bapa ni yang masih bersembang walaupun azan telahpun bergema. Secara keseluruhannya saya rasa lebih tenang ke masjid hari ni, tak terkejar-kejar macam hari Jumaat yang bukan cuti umum.
Bersempena hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, khutbah seperti dijangka mengungkap topik “Adakah kita benar-benar menyintai Nabi Nabi Muhammad s.a.w.” Khatib hari ini agak muda orangnya. Cara penyampaian beliau pada hemat saya jelas, lancar dan menarik termasuklah tona suaranya yang terasa ikhlas. Rasanya Khatib ini ada membuat persediaan terhadap cara penyampaian beliau kerana cara penyampaiannya teratur termasuklah membuat eye contact dengan jemaah dan bukannya tunduk membaca teks sepanjang khutbah. Khatib hari ini memang best….selain khutbah yang amat baik, beliau juga mengimamkan solat Jumaat dengan begitu baik pada pandangan saya. Well done Khatib Masjid Desa Bayu hari ini.
Saya tertarik dengan apa yang Khatib katakan mengenai perarakan menyambut Maulidurrasul yang baru-baru ini menjadi sedikit kontroversi. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah menghalusi isu adakah perarakan ini sesuatu yang Islamik. Saya ada membaca blog yang membahaskan bahawa perarakan yang kita praktikkan di Malaysia bukanlah sesuatu yang diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda, malah tarikh lahir sebenar Nabi Muhammad pun ada ‘argumentnya’ samada adakah 12 Rabiulawal itu adalah tarikh sebenar kelahiran Nabi. Ini kerana para sahabat sendiri tidak pernah meraikannya. Malah pada satu ketika pernah ada usaha menjadikan tarikh kelahiran Nabi sebagai tarikh permulaan kalendar Islam namun tidak diterima. Khatib pada hari ini menyentuh isu perarakan ini. Beliau memperlihatkan perarakan sambutan Maulidurrasul dari sudut dakwah untuk mengingatkan umat Islam seupaya mencontohi Nabi. Beliau menegaskan penghayatan terhadap Nabi Muhammad sebagai contoh insan terbaik amatlah penting dan sambutan Maulidurrasul merupakan platform peringatan dan dakwah yang sesuai. Saya setuju dengan apa yang beliau katakan, dan saya juga dapat melihat the other side of the argument yang merasakan perarakan menyabut Maulud Nabi tidak sesuai. Pada saya sambutan memperingati tidak salah, namun cara sambutan yang superficial seperti yang kita selalu lihat dengan berarak berpakaian seragam (beragam??) dan ceramah-ceramah dan upacara yang menidurkan adalah tidak berfaedah dan mungkin menjurus kepada pembaziran. At the end penghayatan dalam konteks yang lebih mendalam adalah lebih penting dan bukat setakat one day event macam menyambut hari jadi. Saya secara jujurnya melihat ada kekuatan dan logik dalam kedua-dua pendapat.
Cuma satu sahaja yang saya kurang bersetuju dengan apa yang Khatib katakan. Beliau kata para sahabat begitu cintakan Nabi sehingga sanggup berkorban harta dan wang ringgit malah nyawa. Tapi saya rasa mereka memang cintakan Nabi, namun segala pengorbanan yang dilakukan adalah kerana Allah dan agama Islam. Mungkin konotasi beliau yang tidak jelas pada saya, namun itu yang saya rasakan apabila mendengar penyampaian beliau.
Pada khutbah kedua Khatib mengingatkan Jemaah supaya dapat saling tegur menegur demi kebaikan. Beliau menyatakan ada antara kita yang suka memberi kritikan namun tidak suka dikritik. Beliau menyatakan ada dua sebab utama kenapa ini berlaku; perasaan sombong dan takbur. Beliau juga mengingatkan supaya jurang kedudukan dan pangkat tidak dibiarkan menjadi penghalang untuk kita membuka minda dan menerima kritikan yang membawa kepada kebenaran dan kebaikan. Terasa nak menitik air mata kerana mengingatkan kekadang kita terlalu yakin kita betul sehingga mungkin kita dismiss semua pandangan dan kritikan yang tidak selari dengan pandangan kita. Kita manusia yang tidak lari dari membuat kesalahan dan saya bersyukur dengan peringatan yang saya terima dari khutbah Jumaat hari ini.
Yesssss……mata saya sememangnya paling terang sepanjang di masjid hari ini. Alhamdulillah. Keinginan saya untuk berkongsi di blog ini mengenai apa yang saya dengar dan lihat semasa bersolat Jumaat banyak membantu saya membesarkan mata dan menajamkan deria semasa ke masjid.